Perkhidmatan Kereta Sewa Di Kuala Lumpur

Kereta Sewa Kuala Lumpur

Anda pernah mengalami masalah kereta ketika anda ingin keluar atau melancong ? Kereta anda tiba-tiba mengalami masalah di jalan raya ? Anda mencari perkhidmatan kereta sewa kuala lumpur yang pantas dan mudah ? Kami ada penyelesaiannya.

Nabil Ck Enterprise adalah sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa kuala lumpur serta seluruh malaysia. Khidmat kami semudah di hujung jari. Anda hanya perlu layari laman sesawang kami dan tempah kereta sewa kuala lumpur anda.

Kereta Sewa Kuala Lumpur Anda

Adakah anda merancang untuk melancong dan bercuti didalam Malaysia? Mencari perkhidmatan kereta sewa murah kl yang terbaik di Malaysia ? Kami boleh bantu anda. Kami mempunyai pengalaman lebih dari 7 tahun dalam industri kereta sewa murah di Malaysia. Apakah kebaikan anda menyewa kereta?

Anda bebas untuk pergi ke mana sahaja lokasi yang anda suka, tidak perlu fikir dengan penjagaan kereta dan jimat. Dengan begitu banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi di negara ini, dan semua bandar tidak lebih daripada 4 jam perjalanan dan cara terbaik untuk melihat Malaysia adalah dengan menaiki kereta. 

Langkah-Langkah Untuk Sewa Kereta Kuala Lumpur

  1. Pilih Tarikh Untuk Anda Sewa Kereta
  2. Kemukakan Maklumat Diri
  3. Baca & Fahami terma & syarat
  4. Pembayaran Secara Bank Transfer

Terma & Syarat Kereta Sewa Murah Kuala Lumpur

  • Salinan Kad Pengenalan/Passport/Pas Pelajar dan Lesen Memandu yang sah dan belum tamat tempoh,serta bil utiliti (bil air/elektrik/astro). Deposit minima RM 100.00 dikenakan semasa menyewa (mengikut jenis kereta).
  • Deposit akan dikembalikan sekiranya kereta dikembalikan dengan baik. Jika tempahan dibatalkan,hendaklah dibuat 3 hari sebelum tarikh kereta diambil,jika kurang dari tempoh tersebut,deposit tidak akan dikembalikan. Caj dikenakan setiap penghantaran dan pemulangan kereta mengikut kawasan.
  • Tiada diskaun pada hari Cuti Umum dan Cuti Sekolah. Sewaan minimum sehari/24 jam. Waktu penghantaran dan pemulangan kereta sekitar jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam, jika di luar waktu urusan,caj RM 20.00 dikenakan.
  • Pada hari Jumaat,rehat untuk solat Jumaat dari jam 12.30 sehingga 2.30 petang. Penghantaran dan pemulangan kereta hanya akan dibuat sebelum dan selepas tempoh tersebut.
  • Kereta yang lambat dikembalikan akan dikenakan caj RM 10.00 (mengikut jenis kereta) bagi setiap jam. Jika lewat lebih daripada 4 jam,caj sehari akan dikenakan.
  • Sekiranya penyewa tidak mengembalikan kereta melebihi tempoh 12 jam dari tempoh penyewaan tanpa sebarang makluman/pemberitahuan kepada pihak kami,laporan polis akan dibuat terhadap penyewa.
  • Penyewa akan mematuhi segala peraturan jalan raya, dan menjadi pemandu berhemat.
  • Penyewa tidak menggunakan kereta ini untuk tujuan jenayah/ maksiat/ penyeludupan dan perlumbaan.
  • Penyewa tidak dibenarkan menukar,mengambil sebarang alat ganti terhadap kereta yang disewa.Laporan polis akan dibuat ,kes curi spare part kenderaan.
  • Penyewa juga berjanji akan menanggung sebarang kerugian, kerosakan dan saman sekiranya berlaku semasa dalam tempoh sewaan.
  • Jika kereta yang disewa terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke bengkel,penyewa perlu membayar separuh daripada kadar sewa sepanjang tempoh tersebut serta kos pembaikan kereta.
  • Penyewa wajib menjelaskan segala baki tertunggak, kerosakan kenderaan luaran dan dalaman, saman, kompaun jika terdapat semasa tempoh penyewaan.
  • Sekiranya didapati bahagian dalam kereta tertumpah air atau makanan,contoh terkena coklat pada kusyen/air tertumpah di dashboard kereta,panel pintu atau kusyen, caj akan dikenakan.
  • Haiwan peliharaan, durian dan minuman keras,dilarang dibawa masuk ke dalam kereta sewa.

Anda boleh layari Nabil Ck Facebook & Nabil Ck Instagram untuk lebih lanjut.